Skip to main content

PENGLIHATAN ANAK-ANAK DI SEKOLAH. APA YANG IBU BAPA WAJIB TAHU???


Semua ibu dan ayah mahukan anak-anak berada dalam dunia belajar yang gembira, bebas dari rasa 'struggle' dan rasa tidak selevel dengan rakan yang lain. Untuk belajar dengan baik, anak-anak memerlukan pelbagai kemahiran belajar yang cekap.


Penglihatan yang cekap adalah salah satu kuncinya.


Membaca, menulis, menyalin, membuat kerja komputer merupakan antara perkara yang dilakukan setiap hari oleh anak kita yang masih belajar di sekolah. Dan aktiviti ini sangat memerlukan penglihatan yang cekap untuk memudahkan  setiap perkara tersebut dilakukan. Jika ada risiko pada penglihatan, cara belajar anak boleh terganggu.



Apakah Tahap Penglihatan Yang Baik Untuk Anak?


Ini antara soalan yang sering ditanya oleh ibu dan ayah. Ramai yang menganggap penglihatan adalah tentang berapa jelas anak dapat melihat. Mudahnya, anak nampak atau tidak apa yang cikgu tulis pada papan putih. Jadi apabila anak mengadu nampak kabur, susah nak salin apa yang cikgu tulis, perkara pertama yang sering kita ingat, anak ada RABUN.


Sebenarnya definisi penglihatan itu sangat luas, tidak terfokus pada rabun atau kejelasan tulisan, objek atau imej yang dilihat pada jarak jauh sahaja. Semasa belajar penglihatan dekat juga perlu dalam keadaan yang berstamina kuat dan cekap.


Jom!


Kita sama-sama memahami apakah 6 kompenan penglihatan asas untuk anak belajar di sekolah.



6 kompenan penting pada penglihatan yang memudahkan aktivit membaca dan belajar di sekolah adalah :






1. Akuiti Visual 

- Ianya tentang berapa jelas bila melihat jauh. Jika anda pernah bawa anak check mata atau diri sendiri pernah check mata, pasti anda agak 'familiar' dengan carta huruf yang di gunakan oleh optometrist semasa menilai tahap penglihatan. Carta melihat ini digelar sebagai "Carta Snellen'' yang mempunyai huruf dari saiz besar ke saiz kecil. Apabila anak atau diri sendiri dapat baca carta huruf dengan saiz paling kecil, tahap penglihatan ini dipanggil sebagai penglihatan 6/6 atau 20/20.

- Tahap normal penglihatan haruslah berjaya membaca carta 6/6 tanpa apa-apa isu. Sekiranya penglihatan terbaik anak dengan power hanyalah 6/12 atau lebih teruk kebarangkalian anak mempunyai risiko MATA MALAS (akan diterangkan pada entri yang lain)








2. Eye Focusing

- Kebolehan untuk spontan dan kekal nampak jelas apabila ubah pandangan dari jauh ke dekat dan dekat ke jauh.

- Seperti kamera yang akan 'autofocus' apabila cuba 'capture' gambar, begitulah mata akan terus 'autofocus' untuk nampak jelas bila melihat objek tak kira pada apa jarak sekalipun. Keupayaan mata untuk spontan nampak jelas adalah kurang dari 1saat (0.3milisaat). 

- Bila kebolehan 'Eye Focusing' tidak dalam keadaan yang sepatutnya, tidak cekap atau tidak kuat bekerja, pandangan akan nampak sekejap jelas-sekejap kabur. Jelas-kabur-jelas ini buat                                                                aktiviti menyalin jadi lebih lambat.





3. Eye Teaming

-Kebolehan untuk koordinat dua mata supaya bekerja sebagai satu pasukan.

-Bila membaca atau lihat dekat, dua mata akan bergerak menghampiri satu sama lain. Apabila mata kanan dan mata kiri mendekati satu sama lain, imej dari dua mata akan bergabung menjadi satu imej.

-Jika ada satu mata yang menjauhi satu lagi mata (keadaan 'Convergence Insufficiency), kemungkinan besar setiap perkataan yang cuba dibaca (pada jarak dekat) nampak dua atau 'double vision'. Ini akan sebabkan tumpuan membaca jadi lebih singkat.





4. Eye Tracking

- Kebolehan untuk kekalkan dua mata pada satu target yang sama semasa mata bergerak.

-Contohnya, semasa membaca buku, dua mata akan bergerak dari satu perkataan ke perkataan yang lain, dari baris ke baris yang lain. Jadi gerakkan dua mata ini perlulah mengikut irama yang sama dengan laju yang sama.

-Jika ada satu mata lebih lambat dan tidak seirama dengan satu lagi mata, perkataan atau baris yang dibaca akan kerap dilangkau (skip) atau tertinggal (lose place).






5. Koordinasi Mata & Tangan

- Kebolehan untuk guna informasi dari visual untuk gerak tangan seperti menulis, mewarna. atau tangkap bola.

- Apabila deria melihat memberi maklumat (melalui apa yang kita lihat) ke otak, otak akan proses maklumat menjadi satu tindakan atau respon oleh tubuh badan. Di sinilah, wujudnya perkembangan yang penting pada sensori moto halus dan moto kasar (akan diceritakan lebih lanjut pada artikel yang lain)










6. Persepsi Visual

- Ianya tentang bagaimana brain proses apa sahaja imej yang dilihat.

- Contohnya seperti membaca, jika tiada isu pada 'Eye Focusing', 'Eye Teaming' dan 'Eye Tracking', brain berada dalam keadaan yang mudah untuk proses apa yang dibaca. Membaca dengan dapat membayangkan (visualised) apa dibaca akan mudahkan anak untuk ingat dan faham apa yang dibaca.









6 kompenan penglihatan ini adalah kebolehan melihat yang basic bagi anak-anak belajar di sekolah. Masih ada 11 skil melihat lain yang anak perlukan untuk mereka belajar dengan gembira. 11 skil melihat yang lain akan diceritakan dengan lebih mendalam pada entri yang lain.



Oleh itu sangat penting untuk kita sebagai ibu bapa sentiasa peka pada setiap perubahan tingkah laku atau mula perasan pencapaian anak tidak seperti rakan seusia yang lain.




TANDA-TANDA ANAK ADA ISU PENGLIHATAN!




Cuba kita check dan lihat, adakah anak ada tanda-tanda seperti ini :


1. Kerap gosok mata dan berkedip
2. Tumpuan belajar atau membaca yang sangat singkat
3. Elak buat kerja dekat seperti membaca, menulis, menyalin
4. Kerap sakit kepala
5. Suka tutup satu mata, bila menyalin atau membaca
6. Suka senget kepala bila melihat hadapan seperti TV, atau papan putih
7. Pegang buku terlalu dekat dengan mata
8. Mata nampak juling, (anak mata ke dalam atau keluar)
9. Tulisan dekat nampak dua (double vision)
10. Langkau (skip) dan tertinggal (lose place) baris
11. Susah untuk ingat dan faham apa yang dibaca





Jika anak ada satu dari sebelas tanda-tanda Vision Problem ini, anda sangat digalakkan untuk bawa anak lakukan pemeriksaan mata. Dan hanya optometrist dari kumpulan Optomedik sahaja yang fokus lakukan pemeriksaan mata semasa melihat dekat, seperti membaca, menulis dan menyalin.



Kaedah rawatan yang sering diberi jika anak ada isu pada penglihatan adalah cermin mata. Namun, cermin mata yang diberi tidak mengikut keadaan mata bekerja boleh sebabkan isu penglihatan anak semakin teruk.



Jika anda rasa setiap tahun power mata anak naik secara drastik, mendadak dan bukan dalam kawalan, sebagai ibu bapa anda boleh dapatkan pilihan pemeriksaan mata yang bukan sekadar check power rabun sahaja.



Vision Therapy by Optomedik
Pemeriksaan pada kompenan melihat 'Eye Focus', 'Eye Teaming' dan 'Eye Tracking' juga sangat penting untuk diuji. Kerana apabila kompenan-kompenan ini berada dalam keadaan yang 'stress', kurang stamina, cepat penat, ianya akan sebabkan mata tidak bekerja pada level yang sepatutnya hingga beri kesan seolah-olah power naik banyak.



Kanta rawatan (OptomedikLens hanya diprescribe oleh optometrist di bawah kumpulan Optomedik) dan Vision Therapy (by Optomedik) adalah salah satu pilihan utama ibu bapa yang mahukan anak bebas dari 'struggle' belajar.



Kami percaya apabila skil melihat semakin cekap dan kuat, proses tafsiran pada brain jadi lebih tepat dan benar, hingga proses belajar jadi mudah dan menyeronokkan.








**sebarang bentuk 'copy&paste' pada artikel tidak dibenarkan dan perlulah mendapatkan persetujuan dari pihak kami kerana bimbang info sebenar tidak disampaikan dengan tepat**

Comments

  1. Lucky Club Casino site - Lucky Club Casino - Live casino
    Enjoy a VIP look at Lucky Club Casino. luckyclub The site's history and the history of gambling has kept it up to date with the modern day gambling experience.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RAWAT JULING KERANA GAJET

Juling boleh berlaku kerana banyak faktor.  Salah satu faktornya kerana pendedahan atau 'screen-time' yang lama. Saya teringat pada pesakit saya yang baru saya jumpa minggu lepas, adik Yaya. Beliau dirujuk oleh pakar oftalmologist ( doktor pakar mata) kerana keadaan mata yang sudah 'lari ke dalam' atau dalam sains optometri kami gelar sebagai juling jenis Esotropia. Ayah Yaya beritahu saya, juling yang nampak kekal ini baru jadi pada Yaya lebih kurang 5 bulan yang lepas. Selepas saya lakukan ujian menilai fungsi sistem mata adik Yaya, saya dapati julingnya terjadi akibat dari dua foktor ini iaitu: i. pendedahan yang lama pada skrin gajet ii. memakai cermin mata dengan 'power' yang terlebih (over power) Kedua-dua faktor ini saya kategorikan sebagai 'demand' melihat yang tinggi.  Apabila kita lihat dekat, contoh seperti adik Yaya lihat skrin 'smartphone' sistem deria mata akan bekerja sangat kuat dengan kedua-dua mata akan 'rotate' ke dalam