Skip to main content

RAWAT JULING KERANA GAJET

Juling boleh berlaku kerana banyak faktor. 

Salah satu faktornya kerana pendedahan atau 'screen-time' yang lama.




Saya teringat pada pesakit saya yang baru saya jumpa minggu lepas, adik Yaya. Beliau dirujuk oleh pakar oftalmologist ( doktor pakar mata) kerana keadaan mata yang sudah 'lari ke dalam' atau dalam sains optometri kami gelar sebagai juling jenis Esotropia.

Ayah Yaya beritahu saya, juling yang nampak kekal ini baru jadi pada Yaya lebih kurang 5 bulan yang lepas.

Selepas saya lakukan ujian menilai fungsi sistem mata adik Yaya, saya dapati julingnya terjadi akibat dari dua foktor ini iaitu:

i. pendedahan yang lama pada skrin gajet

ii. memakai cermin mata dengan 'power' yang terlebih (over power)

Kedua-dua faktor ini saya kategorikan sebagai 'demand' melihat yang tinggi. 

Apabila kita lihat dekat, contoh seperti adik Yaya lihat skrin 'smartphone' sistem deria mata akan bekerja sangat kuat dengan kedua-dua mata akan 'rotate' ke dalam dan maintain pada pergerakan ini selama mana kita masih melihat dekat. 'Inward rotation' ini digelar sebagai ' skill eye teaming'.





Kemudian sistem fokus mata pula perlu kekal nampak jelas pada gambar dan tulisan dalam skrin. 





Dua mata yang kekal 'maintain rotation' ke dalam perlu untuk sama-sama gerak untuk 'scan' dan 'trace' tulisan dan gambar pada skrin gajet, yang mana skil ini dipanggil sebagai 'skill eye tracking'.






Bayangkan dalam masa 2 jam dan lebih , adik Yaya perlu pastikan deria mata cukup tenaga dan kuat untuk 'maintain' pergerakan dan kekal jelas pada skil yang saya nyatakan tadi.

Sama seperti yang kita rasa, penat bila lakukan kerja komputer atau 'acess smartphone' dalam tempoh yang lama. Kadang-kadang setengah jam buat kerja komputer pun kita mula rasa berbinar dan mula sakit disekeliling mata, sementara untuk adik Yaya atau anak kita yang mana sistem mata mereka masih dalam fasa perkembangan, mereka akan rasa sangat penat 2kali ganda lebih dari apa yang kita rasa.

Cuma, rasa penat pada deria mata yang anak-anak rasa, tidak sama cara mereka 'handle' berbanding kita yang dewasa, kita akan berhenti dan 'relax' dahulu baru sambung semula kerja. Anak-anak mereka akan abaikan rasa penat pada mata ini kerana rasa seronok lebih tinggi semasa melihat kartun dan bermain 'game'. 

Dan, keadaan 'fun' yang mereka rasa ini akan buatkan 'demand' semakin tinggi hingga skil mata yang masih belum cukup 'develop' dan kuat akan menjadi lemah.

Bila skil mata semakin lemah, mata akan mula rasa seperti :

i. sekejap jelas sekejap kabur

ii. mula nampak bayang pada tulisan yang dekat dan jauh

iii. kadang-kadang tulisan jadi 'double-vision' dan terapung-apung.

Simptom ini seakan sama dengan simptom anak yang ada rabun. Sedangkan ianya bukan rabun tetapi skil mata yang mula lemah.

Apabila Yaya ceritakan simptom ini pada ayah dan ibu, yang mana sipmtom ini hampir sama seperti orang yang ada masalah rabun, dan ayah Yaya bawa Yaya jalani pemeriksaan mata dan ujian yang dilakukan hanya fokus pada tahap rabun, tanpa menguji skil sistem mata. Akhirnya deria mata Yaya semakin terbeban, memakai cermin mata dengan kuasa pembetulan yang lebih tinggi (pakai power lebih).

Apabila kita buat ujian rabun seperti check power mata di mesin autorefraktif, pada mata kita yang tengah 'stress' kerana terlalu lama menghadap komputer. Selalunya 'result power' mata dari mesin akan jadi lebih tinggi dari sepatutnya yang kita pakai kerana sistem mata yang tidak cukup rehat.

Jadi untuk kes Yaya, dia sudah mula pakai cermin mata dengan 'over power' ini selama lebih 5 bulan. Ini bermakna sepanjang tempoh itu, sistem mata Yaya perlu bekerja lebih kuat untuk 'overcome' power yang terlebih ini, dan dengan 'screen time' yang tinggi, akhirnya skil mata beliau yang masih belum cukup 'develop', tak mampu tampung 'demand' melihat yang sangat tinggi ini.

Jadi berlaku keadaan di mata maklumat pada 'brain' dari mata kanan dan mata kiri jadi tidak sama kualiti, tidak sama jelas, ada satu mata sudah tak dapat 'point' pada objek yang mahu dilihat.

Pada tahap ini 'brain' sudah tiada skil untuk guna dua mata bersama-sama. Dan 'brain' terpaksa abaikan maklumat dari satu mata yang lemah kerana untuk tindihkan gambar (imej) dari mata kanan dan kiri sangat mencabar dan susah. Ini yang kita nampak secara fizikalnya mata sudah lari, sama ada juling ke dalam atau juling keluar. Dan untuk kes Yaya, mata kirinya mula masuk kedalam. 

Sebenarnya 'brain' bantu kita proses maklumat dari dua mata dengan gabung dan tindihkan imej yang terhasil dari mata kanan dan kiri. Imej yang bertindih ini kita panggil sebagai imej 3 dimensi (3D) yang mana imej jadi lebih 'real' dengan sisi yang timbul.  

Contoh bila kita lihat 'frame' gambar yang tergantung di dinding, mata yang normal dapat tahu bahawa frame gambar dan dinding ada perbezaan ruang, frame gambar nampak lebih timbul, frame gambar dan dinding tidak bercantum. 

Sebaliknya mereka yang juling, yang hanya melihat dengan satu mata akan rasa frame gambar dan dinding seperti bercantum, tiada yang lebih timbul sisinya. Seperti melihat lukisan kanvas. 

Saya akan cerita lebih lanjut tentang kesan juling dan kesan guna satu mata (tiada imej 3D) pada entri yang lain.

Untuk kes adik Yaya, saya dan 'team' telah 'plan' rawatan membantu matanya yang sudah juling. Bermula dengan tingkatkan skil mata hingga beri dan sedarkan 'brain' untuk dapat guna dua mata semula bersama-sama.

Jadi saya nak 'suggest' untuk anda sebagai ibu dan ayah untuk ikut beberapa langkah ini jika anda mula rasa mata anak anda mula jadi juling;

1. Kawal 'screen time' anak.

Saya faham, ada ibu ayah yang sangat sibuk dengan urusan harian hingga tak dapat nak pantau aktiviti anak-anak. Dengan keadaan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, banyak urusan kerja di rumah yang perlu ibu ayah selesaikan hingga terpaksa umpan beri gajet pada anak-anak supaya mereka duduk diam-diam.

Maksud saya di sini, bukan kita tak boleh beri gajet pada anak-anak, cuma alang-alang terlanjur beri apakata kita mula kawal 'screening time' mereka.

Beri cadangan pada anak seperti selepas setengah jam atau sejam main 'game' mesti pulang 'handphone' atau 'tablet' semula. Boleh lekat stiker 'good' pada anak yang ikut masa bermain gajet ini. Lekat ditangan anak atau pada kertas seperti jadual yang anda reka dan tampal besar-besar di dinding.

Jika ada anak yang sudah ketagih gajet,  boleh mula upload apps yang  kita dapat 'set' kan masa pada 'game' yang anak main, selepas setengah jam atau sejam, handphone akan terus 'lock' atau 'off' sendiri.

Anda juga boleh kenakan syarat seperti jika mahu main 'game' atau tengok kartun pada 'handphone' atau 'tablet', ibu dan ayah mesti ada bersama, ini supaya anak-anak tidak leka berterusan main gajet. Dengan kehadiran kita sekurang-kurangnya kita dapat 'make-sure' mereka ikut masa yang kita syaratkan.


2. Bertenang! Jangan buat cermin mata pada anak lagi!

Bila perasan mata anak sudah juling, ambil masa seketika untuk 'search' pakar mata atau optometrist yang berkemahiran kendalikan kes juling. Ini kerana tidak semua pakar mata atau optometrist yang mempunyai kepakaran dalam juling. 

Saya cadang untuk anda berjumpa dengan optometrist yang boleh menguji sistem deria mata atau 'Visual Skill' pada mata anak anda. Ini kerana ujian Visual Skill tidak sama seperti ujian standard menguji power mata.

Anak yang baru alami juling, biasaannya apabila 'check' mata pada mesin 'check' mata (mesin autorefractor meter) 'result power' yang dapat lebih tinggi kerana sistem dalam mata yang 'stress' sama ada terlalu kuat atau sangat lemah bekerja.

Jika anda dapati pada slip 'power' bacaannya sekejap tinggi sekejap rendah. Saya sekali lagi sarankan untuk anda bawa anak berjumpa optometrist yang benar-benar berkemahiran dalam kendalikan kes juling.


                                            


Jika anak pakai 'power' yang lebih tinggi dari sepatutnya, kemungkinan darjah lari atau pergerakan mata juling akan jadi lebih besar dan teruk.

Ini yang jadi pada Yaya, sebelum mata Yaya betul-betul nampak lari ke dalam, ayahnya perasan yang mata Yaya kadang-kadang nampak juling. Bila Yaya pakai cermin mata dengan power yang lebih tinggi, dalam masa 5 bulan sahaja, juling yang kadang-kadang nampak sudah jadi kekal.

Hampir setiap hari saya berjumpa dengan pesakit yang alami juling. Paling muda pesakit juling yang saya rawat berumur 5 tahun. Dan bila bersama mereka dalam sesi Vision & Sensory Integration Therapy, saya dapat rasa 'struggle' dan emosi mereka yang 'down' bila susah untuk membaca, menyalin, tangkap bola, berjalan atas titi, dan bermacam aktiviti pembelajaran harian yang kami buat sama-sama dalam sesi terapi.

Sedangkan pada usia mereka yang masih muda, rasa 'down', 'struggle', tidak 'gifted' atau mula 'give up' tidak seharusnya mereka rasa. Dunia belajar seharusnya dalam rasa yang penuh 'happy', 'fun' dan 'excited'

Namun, bila juling berlaku pada anak, belajar sudah jadi perkara yang sangat mencabar dan sukar.

Saya percaya setiap ibu dan ayah akan cuba buat sehabis baik untuk bantu dan pastikan anak mereka kekal dalam dunia belajar yang gembira. Jadi buatlah pilihan untuk bantu anak yang ada masalah juling ini.

Semoga entri saya kali ini dapat beri manfaat pada ramai ibu dan ayah di luar sana.


"Serlahkan potensi sebenar anak dengan Vision dan Sensori yang cekap"


Puan Hazlina,

Optometrist.


**sebarang bentuk 'copy&paste' pada artikel tidak dibenarkan dan perlulah mendapatkan persetujuan dari pihak kami kerana bimbang info sebenar tidak disampaikan dengan tepat**

Comments

Popular posts from this blog

PENGLIHATAN ANAK-ANAK DI SEKOLAH. APA YANG IBU BAPA WAJIB TAHU???

Semua ibu dan ayah mahukan anak-anak berada dalam dunia belajar yang gembira, bebas dari rasa 'struggle' dan rasa tidak selevel dengan rakan yang lain. Untuk belajar dengan baik, anak-anak memerlukan pelbagai kemahiran belajar yang cekap. Penglihatan yang cekap adalah salah satu kuncinya. Membaca, menulis, menyalin, membuat kerja komputer merupakan antara perkara yang dilakukan setiap hari oleh anak kita yang masih belajar di sekolah. Dan aktiviti ini sangat memerlukan penglihatan yang cekap untuk memudahkan  setiap perkara tersebut dilakukan. Jika ada risiko pada penglihatan, cara belajar anak boleh terganggu. Apakah Tahap Penglihatan Yang Baik Untuk Anak? Ini antara soalan yang sering ditanya oleh ibu dan ayah. Ramai yang menganggap penglihatan adalah tentang berapa jelas anak dapat melihat. Mudahnya, anak nampak atau tidak apa yang cikgu tulis pada papan putih. Jadi apabila anak mengadu nampak kabur, susah nak salin apa yang cikgu tulis, perkara pertama yang se